Don't have an account? Register here REGISTER


 

PENDAPATAN ANDA DI TONE PLUS

Sila baca dengan teliti dan faham potensi pendapatan yang bakal anda perolehi apabila sah berdaftar sebagai ahli Tone Plus.

Dengan menyertai Program Rujukan Kominti WOW Tone Plus, anda layak untuk menikmati 4 bentuk pendapatan melalui pelan pemasaran dan kempen yang telah disediakan oleh pihak Tone Plus. Dengan pelan yang hebat ini, anda boleh menjana pendapatan TANPA HADmengikut kemahuan dan kemampuan anda.

Komisyen anda di Tone Plus:


      1. Pulangan Tunai (Rebat Topup)

      2. Komisyen Penajaan (Fast-Track)

      3. Komisyen Topup Rangkaian

      4. Komisyen Tahunan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. PULANGAN TUNAI (REBAT TOPUP)

Setiap kali anda tambah nilai (topup), anda akan mendapat PULANGAN TUNAI (Cash Rebate) semula daripada jumlah nilai topup anda. Pulangan tunai topup tersebut akan dimasukkan terus ke akaun bank anda.

 

Tone Plus Cash Back

 
Terdapat 2 jenis Pulangan Tunai di Tone Plus:

1. Pulangan Tunai 3% : Topup secara manual di kedai-kedai atau online.
2. Pulangan Tunai 7% : Auto topup melalui Sistem Tone Plus.

Info lanjut tentang komisyen topup personal, boleh KLIK DI SINI

 


2. KOMISYEN PENAJAAN (FAST-TRACK) TONE PLUS

Apabila anda mengajak keluarga atau kawan-kawan anda sertai Program Tone Plus, anda akan mendapat bonus penajaan (fast-track) terus sebanyak RM20/orang secara tunai. 

Jualan Simkad (RM98.60) - Belian Simkad (78.60) = Bonus Fast Track (RM20).

Anda mendapat RM20 setiap kali anda menaja ahli baru di Tone Plus.

Anda boleh menaja/daftarkan seberapa ramai yang anda suka, tiada had ditetapkan. Terpulang kepada target anda. Lagi banyak anda menaja, lagi banyak anda akan mendapat pulangannya. Contohnya anda daftarkan 50 orang di kalangan keluarga atau kawan-kawan anda dalam tempoh sebulan, jumlah komisyen fast-track anda adalah RM1,000.



3. KOMISYEN TOPUP TONE PLUS

Dan yang PALING MENARIK di Tone Plus adalah komisyen topup bulanan ahli-ahli yang telah anda daftarkan. Tone Plus menggunakan "Sistem Reverse 2-Up" di dalam pelan pemasaran nya. 

Pelan yang mudah dan mampu menjana pendapatan pasif yang luarbiasa lumayan untuk anda.

Pada asasnya, konsep asas sistem Reverse 2-Up memerlukan anda UPGRADE kan 4 orang pengguna baru sahaja dan 2 orang daripada mereka akan dikongsi dengan penaja (upline) anda. Seterusnya, anda akan dibayar komisyen topup mereka 13% secara INFINITI untuk semua rangkaian anda.

Untuk lebih mudah faham, rujuk berdasarkan gambarajah  di bawah...

Apabila akauan Tone Plus anda cukup 4 orang, sistem Reverse 2 Up akan terjadi.

 

Apabila anda UPGRADE kan pengguna baru 1st (A), 2nd (B) & 3rd (C) anda hanya di bayar 3% dari nilai topup mereka pada peringkat permulaan. Apabila anda UPGRADE kan sahaja pengguna baru yang ke 4th (D), secara automatik semua komisyen topup anda akan bertukar kepada 13% untuk A, B, C & D (akaun MATANG).

Apabila akaun MATANG, Sistem Reverse 2 up akan terjadi. Sistem akan memilih secaraRANDOM 2 dari 4 orang ahli tajaan untuk dikongsi dengan penaja anda. Contohnya, A & B telah dipilih oleh sistem untuk dikongsikan dengan penaja. Walaupun A & B dikongsikan kepada penaja, setiap kali mereka topup, penaja dapat 13% anda juga turut mendapat 13%. Proses Reverse 2 Up ini hanya berlaku sekali sahaja (4 orang pengguna baru pertama) bagi setiap ahli Tone Plus.

 

Reverse 2 Up Tone Plus

 

Sekarang, pendapatan pasif anda akan dibentuk oleh C & D. C & D juga akan UPGRADE kan 4 kenalan baru mereka untuk dapatkan 13% mereka (E, F, G, H) & (I, J, K, L).

Apabila mereka (C & D) dah cukup 4 orang, Sistem Reverse 2 Up juga akan terjadi kepada mereka. 2 orang dari ahli tajaan mereka akan dikongsikan kepada anda. 

Contohnya, C kongsikan E & G dan D kongsikan K & L. Sekarang rangkaian anda dah berkembang ke C, D, E, G, K, L (komisyen topup mereka kepada anda 13%).

E, G, K, L yang dikongsikan kepada anda tadi juga, akan melakukan perkara yang sama. Apabila mereka UPGRADEKAN kan 4 kenalan baru mereka masing-masing, 2 orang dari setiap mereka akan dikongsikan lagi kepada anda. E kongsikan M & N, G kongsikan S & T, K kongsikan V & X, L kongsikan 1 & 2. Kini rangkaian anda semakin berkembang, C, D, E, G, K, L, M, N, S, T, V, X, 1, 2... semuanyaaa 13%.

Proses duplikasi ini akan berganda secara INFINITI, tanpa henti.
 
Cuba anda perhatikan, anda hanya bermula dengan UPGRADE kan 4 orang pengguna baru sahaja, kini rangkaian anda akan berkembang berlipat-lipat, lipat-lipat kali ganda. 

Anda boleh UPGRADE kan orang ke-5, ke-6, ke-7, ke-8 atau seterusnya. Bila mereka cukup sahaja daftarkan 4 orang pengguna baru, 2 orang akan dikongsikan kepada anda untuk komisyen 13%. Fuhhh...
 

Rangkaiana ahli Tone Plus

Cuba anda bayangkan...

Anda UPGRADE kan 10 orang baru, mereka cukup sahaja 4, 20 akan dikongsikan kepada anda,
20 yang dikongsikan kepada anda cukup 4, 40 lagi akan dikongsikan,
40 yang dikongsikan kepada anda cukup 4, 80 lagi akan dikongsikan,
80 yang dikongsikan kepada anda cukup 4, 160 lagi akan dikongsikan,

Duplikasi ini tanpa henti, Infiniti
 
Semuanyaaa untuk anda 13%.....

Tak perlu daftar banyak-banyak akaun, dengan satu akaun pun sudah memadai, terus 13%...

Sekiranya akaun anda berstatus sebagai... 
   SC   = 15% + 1% overriding simkad
   PSC = 15% + 3.5% overriding simkad
   BR   = 17% + 4.5% overriding simkad 


Untuk lebih faham, anda juga boleh rujuk video di bawah ini...
 

 

Setiap ahli baru yang anda daftarkan ke Tone Plus, anda juga boleh rujuk semula maklumat mereka di bahagian Geneology akaun Tone Plus anda.

Jumalah ahli Tone Plus rangkaian anda.

 
Anda juga boleh menyemak dengan lengkap di dalam sistem Tone Plus, berapa jumlah nilai topup ahli-ahli tajaan anda dan juga komisyen yang anda bakal perolehi.

Jumlah topup ahli rangkaian Tone Plus anda.

 

POTENSI PENDAPATAN ANDA DI TONE PLUS

Potensi pendapatan Tone Plus anda.

 

Cuba anda bayangkan, jika mereka menggunakan simkad Tone Plus tersebut untuk tempoh 10 - 15 tahun, selama itulah anda akan menerima pembayaran komisyen setiap bulan, tanpa henti.

Info lanjut juga boleh KLIK DI SINI
 

 

4. BONUS TAHUNAN TONE PLUS

Di Tone Plus, pihak syarikat juga telah menyediakan plan Bonus Tahunan yang menarik kepada setiap ahli-ahli nya. 

Pengiraan Bonus Tahunan:
Bonus tahunan akan dikira berdasarkan penajaan anda sendiri (direct sponsor) setiap bulan, dan ia akan dikumpulkan dan diberikan kepada kita pada bulan January tahun berikutnya.

Tajaan 1 orang: Bonus Tahunan 5%.
Tajaan 2 - 4 orang: Bonus Tahunan 10% 
Tajaan 5 - 9 orang: Bonus Tahunan 15% 
Tajaan 10 orang dan ke atas: Bonus Tahunan 20% 

Contohnya:
Jika komisyen bulanan anda setiap bulan sudah mencecah RM2,000

Jika bulan January 2015 anda taja 2 orang,maka bonus anda bulan tersebut adalah 10%xRM2,000=RM200

Jika bulan Febuary 2015 anda taja 10 orang, maka bonus anda bulan tersebut adalah 20%xRM2,000=RM400

Jika bulan Mac 2015 anda tidak menaja sesiapa pun, maka bonus anda bulan tersebut adalah 0%xRM2,000=Kosong

Jika bulan April 2015 anda taja 5 orang, maka bonus anda bulan tersebut adalah 15%x2,000=RM300 sehinggalah ke bulan Disember 2015 bonus tersebut akan dikumpulkan di bank in kan ke dalam akaun anda pada bulan January 2016.

Banyak tu, itu kalau perkiraan komisyen anda tetap RM2,000 sahaja tapi kalau ia semakin meningkat, maka bonus tersebut juga akan turut meningkat.

 

PROMOSI INSENTIF PENAJAAN TERKINI 

 

INSENTIF TAMBAHAN BONUS PENAJAAN BULANAN

Bermula daripada 1hb Ogos 2015, kepada semua ahli yang menaja ahli baru berpeluang menikmati insentif istimewa dengan syarat yang berikut:
* Penajaan bulanan 4 orang atau lebih, anda akan menikmati insentif tambahan 1%untuk topup komisyen.

 

INSENTIF TAMBAHAN BONUS TAHUN BARU

Bermula daripada 1hb Januari 2016 hingga 31hb Disember 2016, jika anda menaja 4 orang atau lebih setiap bulan selama 12 bulan berturut-turut, anda akan diberi bonus tambahan sebanyak 10% kepada Bonus Tahun Baru anda.

 

 

INSENTIF FAST TRACK

Bermula daripada 1hb Jun 2016, jika anda menaja 5 orang dan ke atas + ahli membuat 2nd topup, anda akan diberi insentif fast track sebanyak 5% tambahan berdasarkan kepada komisyen bulanan semasa anda.

 

  

TESTIMONI PENDAPATAN TONE PLUS


Malas menaja di Tone Plus

Berdasarkan penyata pendapatan Tone Plus di atas, ahli tersebut menjalankan bisnes Tone Plus ini secara part-time sahaja. Cuba anda lihat jumlah pendapatan yang beliau peroleh, setiap bulan makin meningkat komisyen topupnya, walaupun tidak konsisten menaja ahli baru bagi setiap bulan. Dengan pendapatan part-time sebulan average RM500, dah boleh bayarkan bil-bil untuk eletrik, air, unifi, topup handphone keluarga. 

 

Testomoni Tone Plus 2015

Testimoni Tone Plus 2015

Cuba lihat dua penyata pendapatan ahli Tone Plus di atas pula, tajaan ahli baru bulanan mereka average  2 - 10 orang sahaja setiap bulan. Tetapi pendapatan komisyen topup rangkaian untuk mereka telah mencecah 4 dan 5 angka sebulan. Perkembangan rangkaian tanpa had. Itu belum dikira dengan bonus tahunan yang bakal diperoleh di awal Januari 2016 lagi.

Ini lah kehebatannya Program Rujukan Komuniti Tone Plus. 

 

 

PEMBAYARAN KOMISYEN TONE PLUS

Pembayaran komisyen topup 3% @ 7%, komisyen topup rangkaian semasa bulanan akan dibayar pada bulan berikutnya. Komisyen Tone Plus akan dibayar (bank-in) kepada semua ahli pada setiap 25 haribulan terus ke akaun bank anda.

 

Sehingga kini, pihak syarikat Tone Group membayar lebih kurang RM10j komisyen kepada semua ahli-ahli di seluruh Malaysia.

 

TONE PLUS MASTER CARD

Komisyen Tone Plus bulanan & tahunan anda juga boleh disalurkan 100% ke akaun Master Card. Sekiranya anda disenarai hitam oleh pihak bank, Tone Group Master Card adalah penyelesaiannya.